Tuesday, May 24, 2011

Gambar Arkus Ternakan Kami ;p


Anak Arkus untuk Dijual..








Induk Arkus "Pure Breed" Ternakan Kami...









Tuesday, April 12, 2011

Rumput Timothy atau Alfalfa??

Sebenarnya masih ramai lagi di kalangan pemilik-pemilik si arkus masih belum jelas mengenai pemberian kedua-dua jenis rumput ini.


  • Alfalfa
    • Mengandungi kalsium dan kalori yang tinggi
    • Oleh itu, ia hanya sesuai diberikan kepada ibu arkus yang mengandung, ibu menyusu dan baby baru lahir sehingga umur 4-5 bulan sahaja.
    • Alfalfa juga boleh diberi kepada si arkus yang sakit kerana ia mempunyai khasiat yang lebih (tetapi sementara sahaja jika kepada arkus dewasa).
  • Timothy
    • Kandungan kalsium dan kalori yang jauh lebih rendah daripada rumput Alfalfa.
    • Sesuai untuk arkus dewasa.
    • Perlu diingatkan bahawa pemberian rumput Alfalfa kepada arkus dewasa adalah tidak digalakkan kerana kandungan kalsium yang amat tinggi akan menyebabkan gigi si arkus terlebih panjang dan ia amat menyakitkan arkus anda. Kalori yang tinggi di dalam rumput Alfalfa juga akan menyebabkan obesiti dan boleh memendekkan umur arkus.
Oleh itu, kami berharap perkongsian kami ini dapat membantu anda dalam penjagaan kesihatan si arkus comel anda.




-----------------------------------------------------------------------------------------
Lawatilah laman web baru kami untuk maklumat tambahan mengenai penjagaan arkus serta tawaran produk dan jualan arkus yang pasti anda akan tertarik.  Kami juga mengedar serta menerima pesanan/tempahan arkus baka high-end seperti Merino, Texel, Coronot, Peruvian dan sebagainya.

Sunday, September 26, 2010

Penjagaan Guinea Pig (Arkus)

Sangkar: Guinea pig memerlukan ruang yang agak besar di mana sepasang guinea pig memerlukan lebih kurang 8 meter persegi ruang. Akan tetapi, saiz kecil juga boleh diterima, tetapi "floor time" atau masa untuk mereka bermain-main di ruang yang lebih besar diperlukan. Bagi saya, saya akan membiarkan mereka bermain-main selama 15minit setiap hari sebelum memasukkan semula ke dalam sangkar. Sangkar boleh dipilih daripada jenis plastik ataupun logam. Sejak kebelakangan ini, banyak pemilik haiwan ini telah memilih untuk menggunakan jenis C & C di mana ventilasi adalah sangat baik. Untuk mengelak kecederaan pada kaki, lantai sangkar harus rapat. Tambahan, penyediaan tempat bersembunyi juga bagus untuk merasakan mereka aman dan terpelihara.



Keterangan lanjut mengenai air, suhu, latihan, diet, pelet, rumput kering, rumput segar, buah-buahan, sayuran, makanan tambahan dan sebagainya, anda boleh lawati satu lagi laman web kami di:




-----------------------------------------------------------------------------------------



Monday, August 2, 2010

Guinea Pig Sebagai Haiwan Peliharaan Kesayangan

Guinea Pig di Malaysia juga boleh dikenali sebagai Arkus, Gasby dan juga Cavy. Terdapat juga yang berpendapat Guinea Pig adalah tikus belanda yang sememangnya terdapat secara semulajadi di negara ini. Namun terdapat bantahan daripada pakar haiwan serta veterinar bahawa tikus jenis Guinea Pig adalah jenis tikus yang berasal daripada Amerika Selatan sahaja.

Kenapa bernama 'Guinea Pig'?

Jawapannya, Guinea Pig hanya nama yang diberikan kepada haiwan tersebut oleh para penjajah semasa menemui haiwan tersebut di tanah Amerika Selatan. Kecantikan dan comelan haiwan tersebut sangat teruja dan penjajah tersebut telah menangkapnya dan membela sebagai haiwan kesayangan. Dikatakan haiwan tersebut merupakan sumber makanan utama di kawasan berkenaan dan dikatakan dagingnya seakan-akan berasa seperti daging 'pig'. Perjalanan kapal laut untuk pulang ke negara asal penjajah tersebut diberi nama 'Guinea'. Dipenghujungnya, maka gelaran Guinea Pig terlekat di mulut seluruh pelusuk dunia sehingga hari ini.

Adakah ia benar-benar 'pig'?

Mestilah tidak jika anda sudah selesai baca kenyataan di atas.

Jadi, selamat membela dan menjagai haiwan peliharaan yang sangat comel ini.